Pengenalan Unit

Pusat Sumber IPG Kampus Darulaman terletak dibawah pentadbiran Unit Pusat Sumber (UPS) berperanan sebagai pembantu penyalur maklumat dalaman dikalanggan pengguna khususnya kepada bakal guru melalui proses pengajaran, pembelajaran  dan penyelidikan (P&P). Selain pembelajaran teori yang diperolehi di dalam kelas, UPS turut membantu melatih dan mendidik bakal guru dalam pengesanan dan pencarian maklumat secara tidak langsung melalui kaedah pengautomasian sistem pusat sumber.   Harapan UPS agar kemudahan yang disediakan dapat menjadi dorongan dan impak kepada bakal guru agar menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam meningkatkan mutu pendidikan di IPG sejajar dengan impian mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

 

 

 

 

Imej  Luaran
Imej Pintu Masuk
 Imej Dalaman

 

FUNGSI UNIT

  1. Bertanggungjawab memberi panduan dan bimbingan kepada pengguna pusat sumber dalam mendapatkan bahan-bahan maklumat dan sumber rujukan bagi tujuan menyokong proses kerja, pengajaran,pembelajaran dan penyelidikan.
  2. Bertanggungjawab memberi perkhidmatan sirkulasi, bilik-bilik khasdan perolehan serta proses teknik bahan.
  3. Bertanggungjawab memberi perkhidmatan grafik serta perkhidmatan rakaman audio visual.