Sejarah PSI

 

 

Penubuhan Pusat Sumber IPGKDA bermula apabila Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan secara rasminya telah berpindah sepenuhnya ke Kampus Sintok pada tarikh 3 September 1990.  IPGKDA  telah memanaafatkan tinggalan perpustakaan UUM yang sedia ada, dan mewarisi sepenuhnya bangunan perpustakaan UUM dengan memberi nama sebagai Pusat Sumber Institut.

Bangunan Pusat Sumber IPGKDA ini mempunyai dua (2) Aras dan berkeluasan seluas 3473.28 mps. Bilangan keseluruhan kapasiti  pusat sumber IPGKDA adalah sebanyak 437 unit merangkumi bilik serbaguna, bilik perbincangan dan bilik temu duga.

Dari segi nilai sejarah bangunan Pusat Sumber ini yang telah  iaitu telah berusia, 32 tahun perkhidmatan (6 tahun semasa dibawah UUM iaitu sejak  Jun 1984,  dan 26 tahun bersama IPGKDA). Ia juga merupakan antara pertama dan terawal dibina  bersama blok akademik F1 dan F2.

Nilai sejarah bangunan Pusat Sumber ini  turut ditambah dengan  penanaman 2 pohon pokok yang ditanam oleh mantan  Perdana Menteri Malaysia iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (selaku Perdana Menteri yang Pertama) menanam pokok Saga.  Manakala Tun Mahathir Mohammad pula menanam  pokok Semarak. kedua-dua pohon ini ditanam sewaktu zaman UUM dan masih wujud hingga kini.

 

 

 

 

 

Pokok Saga yang ditanam oleh Y.T.M. Tunku Abd Rahman  Putra Al-Haj pada 22.8.1985

 

Pusat Sumber ini telah diubahsuai dan diberi penjelmaan semua melalui projek naik taraf pada tahun 2010 danberoperasi sementara dibangunaan lain. Ianya telah mula beroperasi semula ditapak asal pada 27 Jun 2010 dan telah dirasmikan semula oleh Yang Berbahagia Datuk Dr. Haili bin Dolhan, Rektor Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia pada 10 Oktober 2010.